Pelabur emas mula gelisah apabila menyaksikan pergerakan harga komoditi itu paparkan penurunan lanjut pada dagangan hari ini (Selasa).
Kebimbangan terus menyelubungi pasaran dengan ketidaktentuan yang melanda di samping keresahan pelabur menantikan keputusan penting mesyuarat FOMC minggu ini.
Sukar untuk menjangkakan ramalan awal bentuk kenyataan yang bakal disampaikan oleh Pengerusi Federal Reserve (Fed) Jerome Powell berikutan data-data ekonomi yang hadir bercampur-campur.
Sebarang keputusan yang dibuat akan mempengaruhi pergerakan US dolar, sekaligus turut mendorong arah pergerakan emas semasa.
Jika diperhatikan pada carta XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar, harga masih bertahan di atas zon 2300.00 setelah minggu lalu harga menjunam ke sekitar itu.
Namun, kenaikan harga yang diperlihatkan adalah lemah dan hari ini, harga mula menunjukkan corak penurunan untuk menghampiri semula zon 2300.00.
Pergerakan harga yang jelas berada di bawah halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta XAU/USD itu memberi isyarat bearish buat emas.
Zon 2300.00 sebagai support semasa buat harga bakal diperhatikan ketika harga kembali mengujinya selepas ini.
Jika tembus lebih rendah, berkemungkinan terjunan harga minggu lalu akan diteruskan lagi minggu ini.
Untuk penurunan yang dilanjutkan, paras tumpuan terhampir bakal dituju harga dilihat pada sekitar 2270.00.
Sementara untuk jangkaan bagi kenaikan harga jika berlaku pula, melepasi semula halangan MA50 akan menyaksikan harga untuk cuba mengatasi paras minggu lalu sekitar 2350.00.
Seterusnya, barulah kenaikan lebih tinggi mampu untuk dilakukan dengan mensasarkan kembali rekod tertinggi sebelum ini di puncak 2430.00.
See the XAU/USD price chart image below for your technical analysis reference.
The chart displayed above uses the SaracenMarkets platform, open your trading account at SaracenMarkets today. – CLICK HERE – START TRADING NOW