Situasi menggembirakan buat pelabur emas apabila menyaksikan peningkatan harga yang positif logam kuning itu pada dagangan Khamis semalam.
Walaupun US dolar telah kembali mengukuh semula dalam pasaran setelah bergerak lemah dari awal minggu, namun harga emas berjaya menyerap tekanan itu untuk bergerak ke paras harga tertinggi 2 minggu.
Sentimen pasaran yang berisiko di penghujung minggu dilihat menjadi pendorong permintaan emas yang meningkat dengan ketidaktentuan berlarutan di Timur Tengah dan kebimbangan terhadap pakatan kerjasama antara Presiden Rusia Vladimir Putin dan Korea Selatan Kim Jong Un.
Pergerakan harga pada carta XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar diperhatikan pelabur.
Harga dilihat telah berjaya keluar dari julat mendatar sebelum ini dengan kenaikan semalam telah melepasi rintangan paras 2340.00 yang diuji sejak minggu lalu.
Isyarat bullish harga dikenalpasti lebih awal pelabur pada Selasa lalu apabila harga bergerak di atas garisan sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta tersebut.
Kenaikan sehingga sesi New York semalam telah mencapai ketinggian baru pada 2365.00 dan paras tersebut menjadi rintangan diuji harga sepanjang sesi Asia pagi ini (Jumaat).
Kenaikan lebih tinggi akan dijangkakan untuk harga menguji zon tumpuan pada 2380.00 dan akan cuba melepasi ketinggian 2387.00 yang dicapai di awal Jun lalu.
Seterusnya, untuk pergerakan bullish yang berterusan, sasaran akan terarah semula pada paras tumpuan 2340.00 sebelum ini.
Namun jika harga kecundang jatuh semula pada penutup sesi dagangan minggu ini, pergerakan di bawah paras 2340.00 akan memberi tekanan harga emas untuk bergerak lebih rendah.
Zon support terhampir harga berada pada 2300.00 yang masih berjaya mengekang kejatuhan harga pada minggu lalu.
See the XAU/USD price chart image below for your technical analysis reference.
The chart displayed above uses the SaracenMarkets platform, open your trading account at SaracenMarkets today. – CLICK HERE – START TRADING NOW