Walaupun tidaklah begitu memberangsangkan, namun dagangan emas pada Selasa semalam dilihat kembali memaparkan corak pemulihan harganya.
Berbanding penurunan pada awal minggu, harga emas menunjukkan kenaikan semula susulan penyusutan berterusan yang masih berlaku ke atas mata wang US dolar.
US dolar gagal untuk mengukuh walaupun data indeks harga pengeluar (PPI) Amerika Syarikat (AS) diterbitkan dengan angka yang meningkat lebih tinggi pada April berbanding ramalan.
Petunjuk seterusnya akan diperhatikan menerusi laporan inflasi pengguna (CPI) AS pada sesi New York malam ini pula.
Memerhatikan pergerakan harga di carta XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar, harga yang susut ke paras 2332.00 pada awal minggu menunjukkan peningkatan semula semalam ke sekitar 2359.00.
Kenaikan harga di sesi New York dilihat melepasi garisan halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta tersebut, memberi kelegaan kepada pelabur yang menilai isyarat pergerakan bullish untuk emas.
Pergerakan harga agak mendatar pada sesi Asia pagi ini dengan jangkaan untuk kenaikan diteruskan selepas ini mencapai kembali paras minggu lalu pada 2378.00.
Sekiranya ketinggian itu berjaya diatasi, harga akan mensasarkan untuk menuju semula zon 2430.00 sebelum ini yang menjadi rekod tertinggi harga emas.
Namun, pelabur perlu bersedia jika harga emas kembali menjunam selepas reaksi data inflasi yang diterbitkan.
Penurunan harga di bawah garisan MA50 akan menekan harga lebih rendah dari paras dicecah awal minggu.
Seterusnya, zon tumpuan bagi penurunan yang diteruskan harga adalah pada sekitar 2300.00.
See the XAU/USD price chart image below for your technical analysis reference.
The chart displayed above uses the SaracenMarkets platform, open your trading account at SaracenMarkets today. – CLICK HERE – START TRADING NOW