Harga emas melonjak lebih tinggi pada dagangan Rabu semalam dipacu oleh kesan pergerakan mata wang US dolar selepas data inflasi Amerika Syarikat (AS) diterbitkan.
Kembali meningkatkan semula jangkaan terhadap langkah pemotongan kadar faedah oleh Federal Reserve (Fed), inflasi AS catatkan penurunan kepada 3.4% menepati ramalan pasaran.
US dolar bergerak lemah selepas data diterbitkan sekaligus mengangkat naik harga emas sehingga ke penghujung sesi.
Jika diperhatikan pada carta XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar, kenaikan lebih tinggi berlaku pada sesi New York semalam mengatasi paras minggu lepas.
Zon 2390.00 telah dicapai dan harga dilihat berlegar di sekitar itu pada dagangan sesi Asia dan awal sesi Eropah hari ini (Khamis).
Pergerakan harga yang berada di atas garisan sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta XAU/USD itu akan kekal memberi petunjuk bullish kepada pelabur.
Justeru, kenaikan lebih tinggi akan terus dijangka berterusan yang semakin hampir untuk menuju paras 2430.00 sebagai zon tertinggi harga emas yang direkodkan sebelum ini.
Namun waspada dengan risiko kejatuhan semula harga berikutan situasi penyusutan US dolar ketika ini boleh berubah semula.
Jika itu berlaku, harga emas berkemungkinan akan kembali paparkan penurunan semula di bawah 2380.00 ataupun melepasi sokongan MA50.
Kejatuhan lebih rendah akan mensasarkan semula paras tumpuan sebelum ini seperti sekitar 2330.00 dan seterusnya pada 2300.00.
See the XAU/USD price chart image below for your technical analysis reference.
The chart displayed above uses the SaracenMarkets platform, open your trading account at SaracenMarkets today. – CLICK HERE – START TRADING NOW