Harapan pelabur emas untuk melihatkan harga dagangan bagi logam kuning itu meningkat lebih tinggi di awal minggu nampaknya kembali mengendur semula.
Pergerakan positif di pembukaan sesi Asia semalam hanya sementara apabila harga emas jatuh lebih ketara pada sesi New York.
US dolar yang dilihat paparkan pengukuhan di awal minggu semalam telah menekan jatuh harga emas setelah pada mulanya mencapai paras $2,400.
Jika diteliti pergerakan pada carta XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar, harga telah ditekan jatuh mencecah paras 2370.00.
Namun, cubaan kenaikan harga kembali ditunjukkan semula yang mencapai paras 2390.00 pada awal sesi Eropah hari ini (Selasa).
Walaupun sedikit melepasi garisan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta XAU/USD tersebut, pelabur masih berwaspada menantikan gerak-geri harga semasa dalam ketidaktentuan menjelang mesyuarat FOMC minggu ini.
Untuk jangkaan sekiranya kenaikan harga berjaya diteruskan, harga bakal menuju semula paras 2430.00 yang diuji pada dagangan minggu lepas.
Paras tersebut akan menjadi rintangan yang perlu ditembusi sebelum memberi cadangan kenaikan harga seterusnya untuk memecah rekod tertinggi sekali lagi.
Namun, harga emas juga tetap berisiko untuk alami kejatuhan jika nilai US dolar kukuh dalam pasaran.
Gagal melepasi paras 2400.00, harga boleh jatuh mencecah paras seperti minggu lalu sekitar 2353.00.
Tidak mustahil untuk penurunan lebih rendah boleh berlaku dengan sasaran tumpuan harga akan terarah semula pada 2300.00.
Lihat gambar carta XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
The chart displayed above uses the SaracenMarkets platform, open your trading account at SaracenMarkets today. – CLICK HERE – START TRADING NOW