Dagangan emas paparkan pemulihan menuju pembukaan sesi Asia pagi Selasa ini yang kembali berada di atas paras harga $2,400 semula.
Namun, situasi tersebut masih belum cukup untuk melegakan para pelabur yang telah menyaksikan terjunan harga yang ketara pada dagangan pembukaan awal minggu semalam.
Pelabur meneliti pergerakan harga pada carta XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar.
Kadar kejatuhan harga pada Isnin semalam adalah lebih buruk berbanding pada Jumaat lalu menyaksikan harga mula menjunam dari paras 2458.00 hingga mencecah 2364.00 di sesi New York.
Namun harga kembali pulih sedikit dan berlegar di atas zon 2400.00 sehingga menyambung dagangan di sesi Asia dan Eropah hari ini.
Kecenderungan harga emas adalah untuk menyambung pergerakan bearish apabila harga dilihat kekal berada di bawah garisan halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta XAU/USD tersebut.
Harga emas menunjukkan isyarat untuk alami kejatuhan namun tetap berpotensi untuk bersinar dalam suasana pasaran yang sedang berisiko.
Sekiranya harga jatuh di bawah zon 2400.00, penurunan lebih rendah boleh dijangkakan untuk mencecah paras semalam ataupun lebih rendah.
Penurunan yang diteruskan berkemungkinan akan menguji paras sokongan pada minggu sebelum ini sekitar 2350.00.
Namun jika kenaikan diteruskan sehingga dilihat melepasi 2430.00, harga bakal memberi isyarat awal untuk perubahan trend.
Pergerakan lebih bullish bakal dipaparkan untuk mencapai semula ketinggian pada penghujung minggu lalu sekitar 2478.00.
Seterusnya, harga emas akan meneruskan misi memecah rekod terbaru dalam sejarah yang telah dilakarkan pada dagangan Julai lalu.
See the XAU/USD price chart image below for your technical analysis reference.
The chart displayed above uses the SaracenMarkets platform, open your trading account at SaracenMarkets today. – CLICK HERE – START TRADING NOW