Menuju penghujung kiraan undian pilihan raya Amerika Syarikat (AS) hari ini, Donald Trump mendominasi untuk mengesahkan kemenangan ke atas pencabarnya Kamala Harris.
Kesan awal dilihat mula mempengaruhi dagangan emas yang perlahan di sesi Asia sebelum mula paparkan pergerakan lebih agresif di sesi Eropah.
Ini ditambah tekanan oleh pengukuhan yang semakin ketara oleh US dolar yang sudah mula pamer peningkatan nilainya sejak awal sesi Asia lagi.
Pada carta XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar, harga emas mendatar sejak awal minggu, berlegar dalam julat antara 2730.00-2750.00.
Pergerakan mendatar bersambung hingga ke sesi Asia pagi tadi sebelum harga emas akhirnya menjunam hingga menghampiri sekitar 2700.00.
Namun, harga kemudiannya melantun semula ke paras 2730.00 menunjukkan pergerakan harga masih tidak menentu.
Trend bearish harga emas semakin diteruskan selepas terjunan bermula pada minggu lalu dari rekod tertingginya pada 2790.00 yang berjaya dicapai itu.
Dengan jangkaan untuk penurunan lebih rendah diteruskan selepas ini adalah menuju zon tumpuan 2670.00.
Dijangkakan bakal ada reaksi menarik apabila harga singgah ke sekitar tersebut yang boleh memberi petunjuk baru kepada pelabur.
Sementara, untuk jangkaan bagi kenaikan harga emas pula, melepasi paras 2750.00 yang dilihat sebagai halangan semasa harga di awal minggu akan mendorong harga menuju 2770.00 pula.
Setelah berjaya lonjak lebih tinggi, harga emas berpotensi untuk memecahkan rekod tertingginya yang baharu.
See the XAU/USD price chart image below for your technical analysis reference.
The chart displayed above uses the Saracen Market platform. Join the Saracen Lucky Draw contest and win the various exciting prizes on offer. Only a $50 deposit is required to join. CLICK HERE – REGISTER AND WIN EXCITING PRIZES