Ketika mengakhiri dagangan sesi-sesi terakhir pada Jumaat lalu, harga emas berlegar dalam julat kecil antara $2,670 dan $2,650 sebagai penutup November.
Pergerakan harga yang mendatar sejak Selasa itu dilihat menunjukkan ketahanan harga selepas alami kejatuhan ketara di awal minggu tersebut.
Kebimbangan terhadap situasi perang yang berlanjutan di Timur Tengah menjadi antara faktor sokongan buat emas sebagai aset safe-haven.
Selain itu, US dolar juga bergerak suram untuk minggu terakhir bagi bulan November itu, sekaligus menghadkan kejatuhan lebih mendalam buat nilai emas.
Pelabur meneliti pergerakan pada carta XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar dengan berhati-hati.
Pembukaan suram bagi awal Disember ini buat emas melihatkan penurunan harga berlaku sebaik sahaja sesi Asia bermula pagi tadi (Isnin).
Harga berlegar semula di bawah garisan halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta tersebut memberi amaran awal untuk pergerakan bearish emas.
Risiko harga adalah melanjutkan penurunan ke zon support terhampir sekitar 2600.00 yang turut dituju harga pada terjunan di awal minggu lepas.
Jika harga tembus melepasi zon penting itu, akan menjadi amaran kepada pelabur untuk bersedia dengan kejatuhan lebih parah emas dengan sasaran terdekat adalah menguji zon 2540.00.
Sebaliknya jika berlaku lonjakan semula harga yang berjaya melepasi paras sekitar 2670.00, tumpuan harga adalah untuk mencapai semula ketinggian 2720.00 minggu lalu sebelum situasi terjunan berlaku.
Dan jika akhirnya harga berjaya mendaki lebih tinggi melepasi paras berikut, ketinggian terbaru 5 minggu bakal dicatatkan untuk harga mensasarkan kembali rekod tertinggi 2790.00 yang dicapai di penghujung Oktober lalu.
See the XAU/USD price chart image below for your technical analysis reference.