Susulan data tuntutan pengangguran Amerika Syarikat (AS) dan data pesanan barangan tahan lama yang positif telah memberikan kesan yang mendalam terhadap harga emas yang dilihat melemah dengan agak ketara selepas data itu dikeluarkan.
Data tersebut telah menyokong US dolar untuk menguat berbanding emas setelah memberi kelebihan terhadap logam kuning pada beberapa hari lepas yang menyaksikan mata wang terbesar dunia tersebut merosot.
Kini pelabur menantikan pula data indeks PCE AS akan dikeluarkan pada malam ini yang bakal memberikan pandangan terhadap ekonomi AS untuk meneliti arah mata wang US dolar selepas ini.
Pada carta XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar, harga telah membuat penurunan semalam ke sekitar paras 2655.00 dengan sangat agresif selepas mencapai all-time high (ATH) barunya pada 2685.00.
Harga melantun semula menuju dagangan penghujung sesi New York untuk mencabar ATH baru tersebut namun tidak berjaya dan harga berlegar perlahan di sekitar 2670.00 pada sesi Asia pagi ini (Jumaat).
Harga pada hari ini dilihat bergerak dalam keadaan ‘sideway’ sebelum corak penurunan harga dipaparkan pada dagangan awal sesi Eropah.
Sekiranya penurunan berterusan, 2600.00 merupakan zon tumpuan pelabur sekiranya harga cenderung untuk bergerak dalam trend bearish.
Jika harga berjaya menembusi 2600.00, beberapa paras penting pada minggu yang lalu seperti 2530.00, 2500.00 dan 2470.00 berkemungkinan bakal menjadi tumpuan harga sekali lagi.
Harga emas juga mempunyai potensi untuk meneruskan kenaikan memandangkan terdapat data PCE AS yang mungkin bakal memberikan kelebihan terhadap logam tersebut dengan paras 2700.00 diletakkan penganalisis sebagai sasaran.
Dengan corak yang telah dipaparkan harga emas sepanjang minggu ini, pelabur tidak terkejut sekiranya rekod tertinggi terbaru akan terus dicipta harga.
See the XAU/USD price chart image below for your technical analysis reference.
The chart displayed above uses the Saracen Market platform. Redeem a $5.00 no deposit bonus if you sign up today CLICK HERE – SIGN UP AND REDEEM NOW