Data PMI pembuatan dan perkhidmatan Amerika Syarikat (AS) diterbitkan semalam menunjukkan angka yang lemah untuk bulan September, mendorong penyusutan kepada mata wang US dolar sekaligus menyokong peningkatan harga emas dalam pasaran.
Harga emas membuat pengukuhan ke paras ketinggian terbaru pada $2,634 sebelum pergerakan harga kembali perlahan menuju penghujung sesi New York.
Penurunan perlahan harga bersambung sehingga pembukaan sesi Asia pada hari ini (Selasa).
Selesai data PMI, pelabur kini beralih kepada beberapa data lain seperti GDP AS, indeks PCE dan ucapan dari pengerusi Federal Reserve (Fed) Jerome Powell yang bakal menjadi tumpuan utama pelabur.
Pada carta XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar, harga dilihat telah membuat kenaikan ke paras ketinggian 2634.00 dan pada hari ini (Selasa), rekod ketinggian terbaru terus dicatatkan lagi.
Di penghujung sesi Asia, harga telah merekodkan sejarah tertinggi terbaru pada 2640.00 sebelum mula berundur turun semula untuk didagangkan sedikit rendah pada awal sesi Eropah.
Dengan jangkaan kecenderungan untuk harga emas meneruskan kenaikan lebih tinggi, zon antara 2670.00 dan 2700.00 berkemungkinan akan menjadi sasaran harga yang terbaru selepas ini.
If the price does not manage to continue the momentum (bullish), investors will be on the lookout for signs of falling prices again.
Namun, harga emas berisiko alami kejatuhan sekiranya USD menguat semua berkemungkinan didorong oleh data tinjauan keyakinan pengguna AS yang akan diterbitkan pada sesi New York malam ini.
Sekiranya harga ingin membuat kejatuhan, paras 2600.00 akan menjadi tumpuan.yang merupakan rintangan yang telah ditembusi harga pada minggu lalu.
Jika harga melepasi paras tersebut menandakan era penurunan emas bakal kembali semula.
Beberapa paras harga penting pada minggu-minggu sebelum ini seperti 2530.00, 2500.00 dan 2470.00 akan menjadi tumpuan yang perlu diberi perhatian.
See the XAU/USD price chart image below for your technical analysis reference.