Seperti yang dijangkakan, harga emas sekali lagi memecah rekod tertinggi dalam sejarah dengan mengekalkan corak pergerakan bullish dari minggu lepas.
Faktor penyusutan US dolar yang berterusan membantu membuka ruang untuk nilai emas meningkat dalam pasaran.
Sementara, konflik berterusan di Timur Tengah mengekalkan tarikan terhadap aset safe-haven emas oleh para pelabur walaupun sentimen pasaran dilihat memulih sedikit ketika ini.
Pelabur meneliti pergerakan menarik pada carta XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar.
Pada penutup minggu lalu, harga telah berjaya melonjak melepasi paras 2500.00 dengan jangkaan situasi itu akan diteruskan pada awal minggu.
Namun pada Isnin semalam, kenaikan tidak berjaya diteruskan sebaliknya harga sekadar berlegar di sekitar zon 2500.00.
Pelabur kekal optimis dengan isyarat bullish harga yang dilihat terus berada di atas garisan sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta XAU/USD tersebut.
Pergerakan harga kekal mendatar menyambung dagangan di sesi Asia pagi ini, meniti di atas paras 2500.00.
Dagangan di awal sesi Eropah menyaksikan harga kembali mendapat kekuatan untuk melonjak sekaligus mencatatkan paras tertinggi terbaru yang bersejarah.
Setakat jam 4 petang, harga emas berada di paras 2513.00 dengan momentum yang dilihat akan terus mengangkat harga ke paras lebih tinggi.
Namun, waspada sekiranya harga kembali susut di bawah paras 2500.00, akan menjadi petanda awal perubahan trend.
Harga boleh merudum semula jatuh lebih rendah dengan beberapa sasaran awal kawasan yang menjadi tumpuan harga seperti 2480.00 dan 2430.00.
See the XAU/USD price chart image below for your technical analysis reference.
The chart displayed above uses the SaracenMarkets platform, open your trading account at SaracenMarkets today. – CLICK HERE – START TRADING NOW