Agak mengejutkan buat pelabur emas pada Rabu semalam apabila menyaksikan harga logam kuning itu alami kejatuhan agak ketara.
Pengukuhan berterusan US dolar dilihat memberi tekanan untuk dagangan emas, namun pelabur tidak menjangka kejatuhan harga telah menghilangkan keuntungan yang diraih pada hari sebelumnya.
Namun, harga emas masih berlegar di zon tertingginya sambil pemulihan semula turut dipaparkan pada sesi Asia dan awal sesi Eropah hari ini.
Memerhati pergerakan harga pada carta XAU/USD semalam, harga berjaya memecahkan rekod tertinggi terbaru lagi mencapai 2758.00.
Kemudiannya, harga menjunam ketara hingga mencecah sekitar 2710.00 pada dagangan menuju ke penghujung sesi New York.
Ini turut menjadi amaran awal kepada pelabur untuk kemungkinan perubahan trend harga emas setelah mula bergerak di bawah garisan halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta tersebut.
Peningkatan semula harga sehingga awal sesi Eropah hari ini dilihat menguji halangan MA50 itu yang bakal memberi isyarat untuk pergerakan harga selanjutnya.
Jika berjaya tembus ke atas, corak kenaikan berkemungkinan masih akan diteruskan untuk mencapai ketinggian semalam.
Sekiranya emas terus mendapat tarikan, harga boleh mencipta rekod sejarah yang baru lagi mengatasi semalam dengan sasaran terhampir dilihat pada 2770.00.
Namun jika tidak berjaya harga teruskan kenaikan, penurunan harga lebih rendah boleh terjadi untuk harga menyambung corak terjunan yang dipaparkan semalam.
Melepasi paras semalam akan menjangkakan harga untuk susut lebih ke bawah menuju zon tumpuan 2670.00.
See the XAU/USD price chart image below for your technical analysis reference.
The chart displayed above uses the Saracen Market platform. Join the Saracen Lucky Draw contest and win the various exciting prizes on offer. Only a $50 deposit is required to join. CLICK HERE – REGISTER AND WIN EXCITING PRIZES