Boleh ke pelabur emas menarik nafas lega lepas lihat harga melantun semula?
Belum lagi.
Dagangan emas masih berisiko untuk alami kejatuhan dengan situasi pasaran yang masih tidak menentu ketika ini.
Sentimen pasaran berisiko sebelum ini yang mula mereda telah mengurangkan tarikan terhadap emas sebagai aset safe-haven, menyaksikan harga paparkan terjunan sebaik sahaja pembukaan sesi di awal minggu.
Beberapa data ekonomi Amerika Syarikat (AS) kini dinantikan termasuk pertumbuhan suku pertama 2024 dan indeks harga PCE yang turut dijangka mempengaruhi perubahan nilai emas semasa.
Pelabur menilai perubahan arah harga telah berlaku pada carta XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar berbanding minggu lalu.
Terjunan harga yang diteruskan pada sesi Asia semalam telah mencecah zon tumpuan 2300.00.
Namun harga melantun semula susulan US dolar menyusut di sesi New York terkesan oleh reaksi pada data PMI AS yang diterbitkan merosot bagi bulan April.
Harga bergelar di sekitar paras 2330.00 sehingga bersambung ke sesi Eropah hari ini (Rabu) menyaksikan garisan halangan Moving Average 50 (MA50) diuji harga.
Jika harga gagal lepasinya dan paparkan penurunan semula, zon 2300.00 bakal diuji sekali lagi dan berisiko untuk ditembusi.
Sekiranya berlaku, trend bearish harga akan lebih jelas dan harga dijangka untuk menuju ke zon tumpuan berikutnya yang lebih rendah sekitar 2270.00.
Sebaliknya, jika harga berjaya melonjak lebih tinggi melepasi halangan MA50, emas berpotensi untuk bersinar semula sebelum dagangan minggu ini berakhir.
Kenaikan harga akan cuba untuk menuju semula paras ketinggian minggu sebelum ini dengan rekod tertinggi sepanjang masa yang dicapai adalah pada 2430.00.
See the XAU/USD price chart image below for your technical analysis reference.
The chart displayed above uses the SaracenMarkets platform, open your trading account at SaracenMarkets today. – CLICK HERE – START TRADING NOW