Pada malam ini, data tuntutan pengangguran dan Keluaran Dalam Negara Kasar awal (Prelim GDP q/q) akan menjadi tumpuan para pelabur.
Data tuntutan pengangguran dan GDP akan menentukan sama ada emas mampu untuk membuat rekod yang baharu atau tidak.
Paras tertinggi mampu dicapai sekiranya laporan data tuntutan pengangguran menunjukkan bacaan yang lebih rendah berbanding jangkaan dan Prelim GDP menunjukkan bacaan yang lebih tinggi berbanding jangkaan.
Sementara itu, konflik Timur Tengah yang masih berterusan juga dijangka bakal memberi kelebihan kepada harga pasaran emas.
Pada carta harian XAU/USD yang mengukur nilai berbanding US dolar di mana harganya berada di sekitar paras 2516.00.
Sekiranya harga ingin melakukan kenaikan, kita boleh menanti pada zon 2529.00 untuk harga menguji pada paras tersebut.
Sekiranya harga ingin melakukan penurunan, kita boleh melihat reaksi harga pada paras 2507.00.
Paras 2496.00 akan menjadi tumpuan untuk harga menguji zon tersebut jika harga berjaya melepasi harga 2507.00.
Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.