Apa terjadi pada US dolar ketika laporan data pekerjaan NFP Amerika Syarikat (AS) diterbitkan pada Jumaat lalu?
Pada awal data diterbitkan, US dolar mengukuh dahulu dengan bacaan pertambahan pekerjaan pada Jun yang dilihat lebih baik dari angka ramalan.
Namun, setelah diteliti, angka data pada bulan Mei sebelumnya telah dikemas kini menurun dengan perbezaan yang agak ketara.
Sementara, purata pendapatan dan kadar pengangguran untuk bulan Jun juga catat bacaan yang merosot.
Selepas pasaran menghadam laporan seketika, US dolar kembali bergerak lemah sehingga ke penutup dagangan sesi terakhir minggu tersebut.
Jika diperhatikan pada carta pasangan mata wang EUR/USD, harga pada mulanya ditekan jatuh ke paras 1.08000 sebelum melantun naik semula.
Paras ketinggian dicapai adalah sekitar 1.08400 untuk catatan tertinggi dagangan dalam tempoh 3 minggu.
Terdapat perbezaan jarak pembukaan harga pada carta EUR/USD di awal minggu semalam kesan perkembangan politik Eropah yang mempengaruhi mata wang Euro.
Dibuka sekitar paras 1.08000, harga paparkan kenaikan semula ke paras ketinggian ketika NFP iaitu di paras rintangan 1.08400.
Harga sedikit berundur turun di sesi New York semalam dari ketinggian tersebut susulan dagangan US dolar yang kembali stabil.
Pergerakan harga yang perlahan di sesi Asia pagi ini (Selasa) meniti di atas garisan sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta EUR/USD sambil pelabur menilai petunjuk arah pergerakan harga untuk analisis teknikal mereka.
Sekiranya corak kenaikan masih berjaya diteruskan, pergerakan bullish harga dijangka bakal melepasi rintangan 1.08400 sebelum mencatatkan paras ketinggian terbaru lagi minggu ini.
Sasaran adalah untuk menuju zon tumpuan pada 1.09000.
Namun jika harga membuat penurunan semula, masih lagi zon 1.08000 dilihat sebagai tumpuan untuk dihampiri harga.
Susut lebih rendah di bawahnya akan memberi indikator bearish dengan jangkaan kejatuhan harga boleh mencecah semula hingga sekitar 1.07000.
Lihat gambar carta harga pasangan EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
The chart displayed above uses the SaracenMarkets platform, open your trading account at SaracenMarkets today. – CLICK HERE – START TRADING NOW