“Sekarang token Argentina yang naik, lepas ni fan token negara mana pula?”
Kemaraan Argentina ke final Copa America akhirnya berjaya menggandakan harga fan token negara tersebut dipanggil ARG yang menggunung lebih 65% dalam masa 24 jam lalu dengan menjadikannya coin bola sepak kedua terbesar mengikut modal pasaran.
Menerusi pemerhatian, harga ARG yang meningkat 98.8% sepanjang minggu lalu telah capai $2.34 iaitu paras tertinggi sejak 30 Mei 2024 yang didorong oleh keterujaan prestasi Copa America Argentina yang kian meningkat.
Peningkatan harganya telah menjadikan ARG sebagai fan token paling banyak didagangkan di pasaran kripto susulan jumlah dagangan hariannya canak 578.50% pada $23.8 juta yang empat kali lebih tinggi daripada fan token Paris Saint-Germain.
Namun, ia masuk kurang daripada rekod $32.4 juta yang dicapai semasa menjelang Piala Dunia Qatar 2022 yang turut dimenangi Argentina dengan token itu melihat harganya capai paras tertinggi sepanjang masa pada $9.1.
Selain itu, fan token Pasukan Bola Sepak Kebangsaan Sepanyol (SNFT) turut menyaksikan peningkatan 10% daripada $0.023 kepada $0.026 ekoran kemenangan Sepanyol ke atas Perancis dalam Kejohanan Eropah pada Selasa lepas.
Dilancarkan pada tahun 2021, token ARG telah dikeluarkan oleh Persatuan Bola Sepak Argentina melalui Socios.com iaitu platform penglibatan peminat dikuasakan oleh blockchain Chiliz yang berfungsi sebagai platform dagangan utama untuk token sukan dan hiburan.
Pemegang token ARG mendapat akses pada pelbagai aktiviti pasukan eksklusif, pengalaman dan perkhidmatan VIP termasuk peluang untuk bertemu pemain pasukan dan mengakses Estadio Monumental yang merupakan stadium bola sepak bersejarah di Buenos Aires Argentina.