Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden menghentikan penghantaran senjata ke Israel sejak minggu lepas sebagai langkah menentang tindakan jelas negara Zionis itu untuk menyerang bandar Rafah di selatan Gaza.
Biden telah cuba mengelak serangan besar-besaran oleh Israel terhadap Rafah di mana ratusan ribu rakyat Palestin telah berlindung di sana.
Pegawainya berkata, para pemimpin Israel nampaknya menghampiri tindakan pencerobohan Rafah dan AS mengkaji dengan teliti cadangan pemindahan senjata tertentu ke Israel yang bakal digunakan nanti.
Berdasarkan sumber lain, penghantaran senjata itu telah ditangguhkan selama sekurang-kurangnya dua minggu yang melibatkan Boeing-made Joint Direct Attack Munitions dan Small Diameter Bombs.
Kelewatan itu berlaku kerana Washington menekan secara terbuka kepada Israel untuk menangguhkan serangan yang dirancang ke atas Rafah bagi mengambil langkah untuk mengelakkan kematian orang awam.
Semalam, tentera Israel telah menawan sempadan utama antara Gaza dan Mesir di Rafah bagi memotong laluan penting untuk menyalurkan bantuan dari luar ke kawasan kecil itu.
Walau bagaimanapun, penangguhan itu merupakan kali pertama sejak pentadbiran Biden menawarkan sokongan penuh kepada Israel berikutan serangan yang berlaku sejak 7 Oktober yang membunuh kira-kira 1,200 orang dan 250 mangsa diculik.
Kempen Israel untuk memusnahkan Hamas telah membawa kepada serangan ketenteraan selama tujuh bulan dan membunuh seramai 34,789 rakyat Palestin. Kebanyakannya adalah orang awam.
Konflik itu juga telah menyebabkan seramai 2.3 juta penduduk Gaza di ambang kebuluran dan mencetuskan kegilaan protes penuntut universiti di AS dan Biden menarik balik sokongan terhadap Israel termasuklah penyediaan senjata.
Pegawai Israel berkata, pihak tenteranya tidak menerima sebarang bantuan bekalan senjata dan jika mereka perlu bertarung dengan kuku sekalipun, mereka tetap sanggup lakukan.