Semalam, Israel melontarkan rasa marah mereka terhadap undian pertama Majlis Keselamatan PBB yang menuntut gencatan senjata segera dalam perang Gaza selepas sekutu terkuatnya Amerika Syarikat memilih untuk berkecuali pada sesi tersebut.
Selepas pengundian, Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Antonio Guterres mengetuai gesaan agar Israel melaksanakan resolusi berkenaan. Di laman sosial media X, beliau tidak akan memaafkan jika negara Zionis itu melanggar keputusan tersebut.
Sejurus selepas resolusi diluluskan, Israel membatalkan lawatan delegasinya ke Washington yang sebelum ini diarahkan oleh AS untuk membincangkan kebimbangan mengenai pencerobohan Israel ke atas Rafah di selatan Gaza.
Menurut kenyataan Israel, Amerika Syarikat sedang ‘merosakkan’ usaha mereka untuk membebaskan tebusan. Netanyahu berkata, ia adalah pengunduran yang jelas daripada kedudukan konsisten AS.
Di Timur Tengah, Semenanjung Gaza kini diserang habis-habisan dengan menghancurkan dua hospital utama bagi memerangi Hamas.
Di Rafah pula, pesawat tentera asing dari pelbagai negara sekali lagi menggugurkan bantuan ke utara Gaza di mana situasi kemanusiaan amat meruncing dan orang awam melarikan diri ke selatan.
Washington kali ini menegaskan mereka untuk berkecuali oleh Majlis Keselamatannya yang sebelum ini telah menggunakan banyak veto untuk memihak kepada Israel.
Keputusan mereka itu tidak menandakan peralihan dalam dasar dan hubungannya dengan Israel dalam beberapa minggu kebelakangan ini semakin tidak stabil.
Penolakan tersebut diteruskan dengan kesemua 14 anggota Majlis Keselamatan memilih untuk laksanakan gencatan senjata. Ia juga bagi menghormati bulan suci Ramadan untuk umat Islam di Gaza.
Resolusi itu mendapat tepukan gemuruh dalam Majlis yang kebiasaannya sunyi. Mereka juga menuntut Hamas dan pejuang lain membebaskan tebusan bagi menghormati resolusi tersebut.