Kerajaan Malaysia telah melancarkan inisiatif “War on Sugar”, sebuah kempen agresif untuk menangani masalah pengambilan gula berlebihan dalam kalangan rakyat.
Langkah ini diambil ekoran peningkatan mendadak dalam kes penyakit tidak berjangkit seperti diabetes, obesiti, dan penyakit jantung yang dikaitkan dengan gaya hidup tidak sihat, termasuk pengambilan gula yang berlebihan.
Kerajaan Malaysia telah mengumumkan kenaikan kadar duti eksais ke atas minuman bergula sebanyak 40 sen seliter sebagai langkah tambahan.
Dengan kenaikan duti eksais ini, kerajaan berharap dapat mencapai matlamat jangka panjang untuk mengurangkan beban penyakit berkaitan gula dalam kalangan rakyat Malaysia, sekaligus memperkukuh usaha mempromosikan kesihatan awam.