Berikut merupakan sebahagian rangkuman ringkas intipati pembentangan Belanjawan 2025 oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim merangkap Menteri Kewangan yang berlangsung di Parlimen sebentar tadi.
Sumbangan Tunai Rumah (STR) Dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA)
– RM13 Bilion Diperuntukkan
– Bujang bakal Menerima STR sebanyak RM600.
– Keluarga berpendapatan rendah bakal menerima RM250 untuk anak berumur enam tahun ke bawah dan RM200 untuk anak berumur tujuh hingga 18 tahun.
– Bantuan untuk warga emas meningkat daripada RM500 kepada RM600 sebulan.
– Penerima SARA bakal menerima RM100 sebulan.
Gaji Minimum Dinaikkan
– RM1500 sebulan bakal dinaikkan kepada RM1700 sebulan.
– Berkuatkuasa 1 februari 2025
Subsidi Petrol RON95
– Penyasaran subsidi akan dilaksanakan pada pertengahan tahun hadapan dengan jaminan 85% rakyat terus dapat menikmati harga subsidi.
Bantuan Penjawat Awam
– RM500 akan diberikan kepada penjawat awam gred 56 dan ke bawah termasuk lantikan kontrak.
– Sebanyak RM250 kepada semua pesara kerajaan sama ada veteran berpencen dan tidak berpencen.
Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA)
-Dibawah SSPA gaji minimum penjawat awam adalah sebanyak RM2,115 sebulan yang berkuat kuasa 1 Disember 2024.
Sektor Pendidikan
– RM15 bilion diperuntukkan untuk pendidikan, termasuk peningkatan program latihan kemahiran kepada belia serta kursus peningkatan kemahiran untuk pekerja melalui Program Latihan Peningkatan Kemahiran
Sektor Kesihatan
– Bajet 2025 memperuntukkan RM22 bilion untuk memperbaiki perkhidmatan kesihatan. Ini termasuk pembangunan hospital baru, peningkatan fasiliti sedia ada dan pembelian peralatan perubatan yang lebih canggih.
Sektor Pengangkutan Awam
-RM40 bilion diperuntukkan untuk pembangunan infrastruktur, termasuk pembinaan jalan raya, lebuh raya, dan projek pengangkutan awam seperti MRT, LRT, dan bas bandar.