Bitcoin, yang baru-baru ini merosot dari paras tertinggi $100,000, kini berdepan ancaman kejatuhan lebih besar.
Penurunan sebanyak $4.1 trilion dalam bekalan wang global telah mencetuskan kebimbangan bahawa harga Bitcoin mungkin jatuh sehingga $20,000 dalam beberapa minggu yang mendatang.
Dasar monetari Federal Reserve (Fed) yang lebih ketat dan pemotongan kadar yang perlahan menambahkan tekanan kepada pasaran kripto, terutamanya dengan inflasi yang kekal tinggi dan hutang Amerika Syarikat (AS) yang terus meningkat.
Dalam satu sidang media, Pengerusi Fed, Jerome Powell menjelaskan bahawa inflasi kini lebih ‘sukar’ daripada yang dijangkakan sebelumnya.
Fed dijangka meneruskan pemotongan kadar dengan perlahan, berhati-hati terhadap inflasi yang kelihatan kembali meningkat dalam beberapa bulan kebelakangan ini.
Penganalisis pasaran Bitcoin dan kripto, Yuya Hasegawa, memberi amaran bahawa perubahan dasar Fed boleh menjadi pemangkin kepada lebih banyak ketidakstabilan dan meminta pelabur berhati-hati dan memantau dengan teliti sama ada Bitcoin mampu mengatasi cabaran ini.
Dengan ketidaktentuan politik yang meningkat, tahun 2025 mungkin menjadi tahun penentu kepada kestabilan ekonomi AS dan masa depan mata wang kripto.