Perkembangan harga Bitcoin dilihat kurang mengujakan pada hujung minggu namun terdapat peningkatan kecil menuju $70,000. Waima begitu proses itu terbantut dan kembali didagangkan pada paras awal.
Kebanyakan altcoin juga agak lesu pada hari ini, kecuali BNB, NEAR, FIL, FET, dan beberapa lagi altcoin, yang mencatatkan penurunan harga yang ketara.
Bitcoin mengalami minggu yang kukuh dari segi aliran masuk ETF, kerana pelaburan kewangan ini terus menjadi pilihan mereka, dan kini mereka telah mencatatkan 19 hari aliran masuk positif berturut-turut. Hari terakhir pengamat pasaran melihat aliran keluar adalah sebulan yang lalu, pada 10 Mei.
Ini secara tidak langsung mengakibatkan sedikit turun naik dan keuntungan untuk aset asas. Ia bermula pada hari Isnin lalu dengan lonjakan dari $67,500 kepada paras melebihi $70,000. Lanjutan daripada pemangkin faktor tersebut, BTC kembali dengan dorongan yang lebih kuat yang memacu ia kepada paras $71,600 pada hari Rabu dan $72,000 pada hari Jumaat.
Lonjakan harga tersebut telah membuatkan para pelabur mula mengambil keuntungan dan secara tidak langsung memulakan dorongan penurunan besar yang mengakibatkan bitcoin jatuh lebih daripada tiga ribu dalam beberapa jam. Harga bitcoin jatuh ke paras $68,400 dan menyebabkan lebih dari $400 juta dalam kecairan.
Semasa penulisan harga BTC didagangkan pada paras $69,295.95. Nilai pasaran masih di bawah $1.370 trilion, namun dominasi BTC ke atas altcoin telah meningkat hampir 1% sejak Jumaat kepada 51.4% di CG.
Binance Coin adalah antara yang paling besar meningkat minggu lepas apabila ia melonjak di atas $700 untuk mencatatkan paras tertinggi sepanjang masa baru lebih dari $715. Walau bagaimanapun, ia telah menurun sejak itu. BNB ini telah jatuh sebanyak 5% dalam tempoh ini kepada di bawah $650.
NEAR, FIL, FET, dan CRO adalah antara altcoin yang menunjukkan prestasi kurang memuaskan dalam sehari yang lepas, manakala kebanyakan altcoin bermodal besar sama ada dengan keuntungan tidak ketara atau kerugian kecil.
Jumlah nilai pasaran kripto kekal sekitar $2.660 trilion.