Presiden Fed, Jerome Powell menyelit dalam ucapannya berkenaan persepsi Bitcoin pada sidang kemuncak DealBook pada hari Rabu dan menyebut mata wang kripto gergasi itu menyerupai aset selamat emas.
Katanya, ramai pengguna menganggap Bitcoin sebagai aset spekulatif seperti emas tetapi dalam bentuk digital.
Powell menafikan tanggapan bahawa Bitcoin akan terjejas dengan nada Fed atau kekuatan dolar AS dan menekankan bahawa kripto tersebut masih tidak digunakan dalam pembayaran utama kerana pergerakan harganya sangat tidak menentu.
Beliau menyebut Bitcoin bukan lagi pesaing dolar, tetapi ia sudah mampu mengatasi emas.
Kemungkinan interaksi antara ekosistem mata wang kripto dan sistem perbankan kewangan tradisional tidak akan menggugat dasar-dasar Fed.
Selain itu, Fed tidak tanggungjawab untuk mengawal selia industri wang kripto. Powell juga mengatakan dirinya tidak dibenarkan untuk memiliki Bitcoin kerana berita tersebut bakal mencetuskan berita sensasi dalam pasaran kewangan. – Benzinga.com