“BlackRock tak boleh duduk diam, ada je ideanya untuk mendominasi dunia digital.”
Demi mengorak langkah baharu lagi, dokumen yang difailkan bersama Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa (SEC) menunjukkan gergasi pengurusan pelaburan BlackRock mencipta dana dipanggil BlackRock USD Institutional Digital Liquidity.
Dana tersebut yang diperbadankan di British Virgin Islands bakal dilancarkan dengan kerjasama firma tokenization aset dipanggil Securitize.
Memang tidak dinafikan pemfailan tidak mendedahkan aset dipegang oleh dana, tetapi kehadiran Securitize mungkin ada kaitan dengan real-world assets (RWA) di mana ia akan mewakili pemilikan pelbagai aset melalui token pada blockchain.
Selepas pemfailan BlackRock dikeluarkan, token ONDO diasaskan oleh Ondo Finance yang menjalankan platform RWA memacak 20% kemudian 12% dalam masa 24 jam lalu mengatasi prestasi pasaran crypto lebih luas.
Sungguhpun masih tidak pasti lagi, data blockchain menunjukkan $100 juta daripada stablecoin USD Coin (USDC) pada rangkaian Ethereum (ETH) telah dialihkan ke address berkaitan penyebar Securitize yang berpotensi jadi pelaburan permulaan ke dalam dana.
Tindakan itu tercetus selepas BlackRock sertai dana aset digital melalui penyenaraian spot Bitcoin (BTC) ETF pada Januari 2024 kemudian berjaya kumpul lebih $15 bilion aset di bawah pengurusan dan perlu diketahui firma tersebut turut memfailkan spot Ethereum (ETH) ETF pada tahun lepas.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif BlackRock Larry Fink dalam temu bualnya bersama CNBC pada Januari 2024, ETF BTC dan ETH hanyalah pendorong ke arah tokenization dan beliau percaya langkah baharu dilakukannya ini adalah pencetus ketara untuk jadi RWA.
RWA ialah sektor yang makin berkembang dalam aset digital dan kewangan tradisional melibatkan peletakkan aset tradisional pada blockchain untuk mengejar penyelesaian lebih pantas termasuk meningkatkan kecekapan.