Corak penurunan harga terus dilanjutkan pada carta pasangan mata GBP/USD pada Khamis semalam selepas bermulanya reaksi pada mesyuarat FOMC.
Setelah Federal Reserve (Fed) memberikan jawapan berkenaan mesyuarat terakhir 2024, tumpuan beralih kepada mesyuarat polisi bank pusat England pula.
Bank of England (BOE) seperti yang dijangkakan, mengekalkan kadar faedah tidak berubah di paras 4.75% sebelum pelabur menyaksikan terjunan harga yang ketara.
Ini didorong oleh isyarat bank pusat pada kenyataan susulannya itu untuk mengekalkan pelonggaran dasar pada tahun hadapan walaupun tidak memutuskan tentang waktu dan kekerapan pemotongan kadar untuk dilakukan.
Pada carta GBP/USD, dapat diperhatikan pemulihan harga dari terjunan ketika FOMC yang mendaki semula sehingga sekitar 1.26650 sebelum menyambung penurunan.
Di sesi New York, harga menjunam lagi sekitar 160 pips menembusi 1.26000 dan mencecah zon sasaran terbaru pada 1.25000 yang merupakan zon support harga pada November lalu.
Pergerakan harga mula perlahan di sekitar zon tersebut sehingga menyambung dagangan ke sesi Asia pagi ini (Jumaat).
Corak bearish harga itu dijangka masih akan diteruskan sementara pelabur memerhati petunjuk terbaru pada laporan data jualan runcit UK di sesi Eropah hari ini.
Jika dilanjutkan penurunan, harga dilihat akan menuju pula ke paras sekitar 1.24000 sambil mencatatkan paras terendah terbaru 7 bulan selepas mengatasi dagangan November.
Namun jika harga melantun semula pada sesi-sesi akhir penutup minggu ini, melepasi paras 1.25000 akan menjangkakan kenaikan menghampiri semula sekitar 1.26000.
Pelabur juga akan meneliti pergerakan mata wang US dolar yang akan dipengaruhi data indeks PCE diterbitkan malam ini.
See the picture of the GBP/USD pair price chart below for your technical analysis reference.