Carta harga pasangan mata wang GBP/USD pamer penyusutan ke paras terendah terbaru dengan pergerakan yang bercampur di sesi New York semalam membuatkan pelabur tercari-cari arah tuju harga.
Pound Sterling alami tekanan yang semakin meningkat pada dagangan di penghujung minggu ini selepas bank pusat England memilih untuk beralih kepada dasar yang lebih longgar.
Menepati ramalan pasaran, Bank of England (BOE) pada mesyuarat polisi terbarunya semalam telah menurunkan kadar faedah sebanyak 25 mata asas ke paras 5.00%.
Pada mulanya harga pada carta GBP/USD telah menunjukkan penurunan awal di sesi Eropah sehingga mencecah paras sekitar 1.27500.
Namun, selepas mesyuarat tersebut harga dilihat menunjukkan lonjakan semula walaupun BOE mengumumkan pemotongan kadar faedah mereka.
Situasi ini didorong oleh penyusutan semula pada mata wang US dolar di awal sesi New York itu selain ditambah tekanan data tinjauan ISM yang menunjukkan penguncupan pada sektor pembuatan di Amerika Syarikat (AS).
Harga sempat melantun ke paras 1.28400 sebelum dihalang oleh garisan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta GBP/USD sebelum kembali paparkan corak penurunan semula.
Menuju ke penghujung sesi New York, harga telah susut lebih rendah ke sekitar 1.27300.
Pergerakan harga kekal dalam trend bearish dan dilihat semakin menghampiri zon penting pada 1.27000, namun harga perlahan menyambung dagangan di sesi Asia dan awal sesi Eropah pada Jumaat.
Pelabur sedang berhati-hati menjangkakan pergerakan drastik bakal berlaku menjelang laporan data pekerjaan NFP AS pada sesi New York malam nanti.
Sekiranya harga terjun laju ke bawah, menembusi paras 1.27000 akan menjangkakan harga catatkan paras terendah terbaru lagi menuju sasaran berikutnya sekitar 1.2600.
Namun jika berlaku lonjakan semula sehingga melepasi zon 1.28000, akan menjadi isyarat untuk pemulihan semula harga dan juga pertukaran trend.
Kenaikan harga berkemungkinan akan menuju semula sekitar 1.29000 untuk menguji zon yang dilihat sebagai rintangan terhampir buat harga itu.
See the picture of the GBP/USD pair price chart below for your technical analysis reference.
The chart displayed above uses the SaracenMarkets platform, open your trading account at SaracenMarkets today. – CLICK HERE – START TRADING NOW