“Selalunya susah nak naik kalau dah berterusan naik tinggi, mungkin kena makan masa sedikit.”
Sejurus selepas menembusi hampir $53,000 pada 20 Februari semalam, harga raja mata wang kripto Bitcoin (BTC) merudum sehingga $50,792 apabila open interest niaga hadapan BTC yang merupakan pemangkin turun naik telah kekal lebih $22.5 bilion.
Namun, pedagang popular Jelle berkata para pelabur harus zoom out manakala Michael van de Poppe turut berpandangan trend BTC kekal naik tetapi tidak bermakna ia akan mengalami aliran menaik secara sekali gus.
Menerusi pemerhatian, BTC telah memperoleh keuntungan disebabkan spot BTC ETF ditambah pula terdapat beberapa pedagang yang menambah pendedahan menjelang pembukaan Wall Street sebagai sebahagian daripada usaha untuk memanfaatkan potensinya.
Pun begitu, Poppe berpendapat aliran masuk ETF tidak akan mendorong harga BTC naik ke $100,000 dalam masa dua bulan tetapi perlu diketahui Crypto Fear & Greed Index telah mencapai paras paling tamak sejak sebelum BTC cecah paras tertinggi sepanjang masa $69,000 pada suku keempat 2021.
Jadi di sini dapat dilihat penunjuk kenaikan harga pasaran kripto dari segi sejarah memberi isyarat baharu bahawa terdapat lebih banyak pendakian harga BTC akan berlaku pada masa hadapan.
Seperti dinyatakan oleh Caleb Franzen yang merupakan penganalisis pasaran senior di Cubic Analysts, indikator Williams %r Oscillator mengulangi tingkah laku dilihat sejurus sebelum BTC pertama kali tembus $20,000 pada akhir tahun 2020.
Sehingga berita ini ditulis, harga BTC melonjak sebanyak 1.51% pada paras $52,134 dalam tempoh 24 jam lalu dengan modal pasaran $1 trilion seterusnya mencatatkan kenaikan 5.57% sepanjang minggu lepas.