“Hmm agak-agak kalau Buterin puji token lain harganya akan naik tak?”
Currency crypto Ethereum Name Service (ENS) yang sentiasa berlegar-legar di bawah $10 berjaya memberi kejutan apabila harganya menggunung lebih 80% pada $16 yang menandakan paras tertinggi lapan bulan.
Hal ini kerana Vitalik Buterin yang merupakan co-founder Ethereum (ETH) telah memberi pengiktirafan dan pujian termasuk menonjolkan kepentingan serta nilai perkhidmatannya sambil menganggapnya sangat penting.
Selain menekankan keperluan perkhidmatan itu kekal diakses dan berpatutan kepada semua pengguna rangkaian ETH, Buterin turut berkata semua layer-2 akan bekerja pada penyelesai CCIP bagi membenarkan pendaftaran, pengemaskinian dan lain-lain.
Tambahnya lagi, menyepadukan address ENS bersama rangkaian layer-2 seperti Optimisme (OP), Arbitrum (ARB) dan Polygon (MATIC) bukan sahaja dapat meningkatkan kemesraan pengguna malah amat penting untuk pelan skalabiliti jangka panjang ETH.
Penyepaduan tersebut dijangka akan menyelaraskan operasi susulan domain ENS mungkin menggantikan wallet address alfanumerik kompleks yang biasanya digunakan dalam sebarang urus niaga.
Secara konteks, ENS ialah platform domain pada blockchain ETH yang membenarkan pengguna memperoleh nama domain dan memudahkan pengguna mendapatkan nama mesra pengguna seperti “bob.eth” yang linked dengan pengecam seperti address, content hashes serta metadata.
Suka dimaklumkan bahawa ENS kini mempunyai lebih 2.1 juta domain berdaftar termasuk 800,000 peserta unik.
Setakat penulisan ini, harga ENS mencanak sebanyak 14.51% pada paras $14.84 dalam tempoh 24 jam lalu dengan modal pasaran bernilai $450 juta kemudian merekodkan kenaikan 48.97% sepanjang minggu lepas.