Tanpa disedari, Arab Saudi akhirnya berjaya melaksanakan lebih 80 inisiatif malah melabur lebih $180 bilion bagi meningkatkan ekonomi hijaunya serta mengukuhkan dirinya sebagai peneraju dalam tenaga boleh diperbaharui.
Selain berusaha sedaya upaya meningkatkan kemampanannya di peringkat tempatan, Arab Saudi juga sedang melaksanakan strategi komprehensif yang merangkumi semua aspek ekonomi sambil menekankan kesejahteraan rakyatnya bagi merealisasikan potensi terpendamnya.
Juga menggariskan kepentingan mewujudkan sistem keutamaan yang membenarkan negara menumpukan perhatian pada dasar paling berkesan dan penyelesaian optimum yang menghasilkan impak terbesar kepada ramai orang dalam masa singkat sekali gus mempercepatkan kadar kemajuan.
Suka dimaklumkan pula Saudia Group akan menjadi firma penerbangan pertama di rantau Timur Tengah dan Afrika Utara yang memperoleh 100 pesawat eVTOL daripada Lilium susulan daripada perjanjian pada 18 Julai 2024, di mana ia merangkumi 50 pesawat disahkan dan 50 pesawat pilihan.
Saudia Group akan melaksanakan perjanjian bagi memperoleh 100 jet berlepas dan mendarat menegak elektrik (eVTOL) daripada firma Jerman Lilium yang merupakan perintis dalam Mobiliti Udara Serantau (RAM) serta pengeluar pesawat elektrik terkemuka.
Mengikut perjanjian, Saudia Group dijangka menerima pesawat elektrik pertamanya pada suku keempat 2026 yang bertetapan dengan pelancaran penerbangan pesawat eVTOL Syarikat Penerbangan Persendirian Saudi.
Pesawat itu yang menghapuskan keperluan untuk lapangan terbang konvensional dan memuatkan enam penumpang boleh bergerak sejauh 175 kilometer pada kelajuan sehingga 250 kilometer sejam yang memberikan penjimatan banyak masa kepada pelancong individu.
Bukan itu sahaja, ia turut meluaskan pemilihan perkhidmatan premium yang tersedia untuk pelawat VIP termasuk memastikan pengalaman perjalanan lancar dan mewah yang akan memanfaatkan sektor pelancongan serta perniagaan Saudi Arabia.