Bursa Malaysia meneruskan momentum penurunannya pada tengah hari ini (Rabu) berikutan jualan berterusan saham wajaran tinggi tertentu yang diterajui oleh sektor utiliti.
Pasaran juga terjejas oleh prestasi suram pasaran serantau.
Pada 12.30 tengah hari, FBM KLCI susut 1,550.81 mata daripada 1,558.80 pada penutup Selasa semalam.
Indeks penanda aras yang dibuka 2.50 mata lebih lemah pada 1,556.30 dan kini bergerak antara 1,549.54 hingga 1,556.69 pada sesi pagi tadi.
Sentimen pasaran luas menunjukkan negatif dengan menyaksikan kaunter rugi mengatasi kaunter untung iaitu 678 mengatasi 297. Manakala, 387 kaunter tidak berubah, 947 tidak diniagakan dan 77 yang lain digantung.
Jumlah dagangan adalah sebanyak 2.68 bilion unit yang bernilai RM1.53 bilion.
Menurut Pelabur ActivTrades, Anderson Alves berkata pasaran Asia alami pergerakan agak bercampur-campur pada hari ini kerana para pelabur menunggu pemangkin muktamad.
Perhatian kini lebih tertumpu terutamanya pada sektor hartanah dan kemas kini kewangan rasmi dari China berikutan tindakan mereka untuk menstabilkan pasaran perumahan.
Tambahan pula, People’s Bank of China telah mengadakan mesyuarat pada Februari serta menekankan penggunaan strategik alat kewangan walaupun butirannya tidak didedahkan.
Sementara itu, Malacca Securities berkata para pelabur akan menumpukan pada PCE Teras, tuntutan pengangguran dan data Indeks Pengurus Pembelian Pembuatan AS. Ini akan menentukan nada bank pusat AS pada masa hadapan.
Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maxis Bhd susut tiga sen kepada RM3.80 sesaham dan Public Bank Bhd turun satu sen kepada RM4.46, manakala MISC Bhd meningkat lapan sen kepada RM7.58 dan Nestlé (Malaysia) Bhd meningkat RM1.30 kepada RM122 .80.
Bagi saham aktif, Velesto Energy Bhd naik dua sen kepada 28.5 sen, Fitters Diversified Bhd naik satu sen kepada 5.5 sen, Minetech Resources Bhd naik setengah sen kepada 17 sen, DC Healthcare Holdings Bhd susut setengah sen kepada 24.5 sen dan Hong Seng Consolidated Bhd tidak berubah pada dua sen.
Di papan indeks, Indeks FBM Emas turun 49.29 mata kepada 11,505.34, Indeks FBMT 100 turun 45.26 mata kepada 11,164.33, Indeks FBM Emas Shariah berkurangan 54.47 mata kepada 11,526.62, Indeks FBM 70 jatuh 12.01 mata kepada 15,498.79. Indeks FBM ACE susut 30.95 mata kepada 4,774.00.
Dari segi sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan meningkat 0.22 mata kepada 17,342.37, dan Indeks Tenaga meningkat 11.27 mata kepada 942.75, tetapi Indeks Perladangan susut 14.28 mata kepada 7,168.78, dan Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian susut 0.94 mata kepada 176.85.