Bursa Malaysia ditutup merah pada rehat tengah hari berikutan aktiviti jualan terutamanya di kaunter perladangan dan hartanah.
Pada 12.30 tengah hari, FTSE Bursa Malaysia KLCI susut 1.61 mata (0.1%) kepada 1,602.65 berbanding 1,604.26 pada penutup Khamis.
Indeks utama dibuka lebih tinggi sedikit pada 1,608.88 dan ia bergerak antara 1,601.01 hingga 1,612.31 pada sesi dagangan pagi tadi.
Sentimen pasaran meluas adalah negatif dengan kaunter rugi mendahului untung sebanyak 791 berbalas 299. Manakala, 380 kaunter tidak berubah.
Jumlah dagangan adalah sebanyak 3.15 billion unit saham yang bernilai RM2.16 billion.
Dua belas daripada 13 sektor pasaran berada dalam keadaan ‘kemerah-merahan’ dengan sektor perkhidmatan kewangan sahaja satu-satunya yang raih kenaikan.
Dalam pasaran Asia, para pelabur memilih untuk kekal berhati-hati di saat data ekonomi penting Indeks Perbelanjaan Pengguna Peribadi AS (PCE) yang menjadi dorongan seterusnya untuk Fed tentukan kadar faedah seterusnya.
Sementara itu, kaunter untung utama seperti Allianz Malaysia Bhd menokok 30 sen kepada RM22.24 dan Nestle (Malaysia) Bhd yang menokok 20 sen kepada RM127.80.
Selain itu, Petronas Dagangan Bhd susut 22 sen kepada RM19.20 dan Guan Chong Bhd turun 23 sen kepada RM4.07.