FBM KLCI meneruskan arus peningkatannya pada tengah hari Isnin didorong oleh minat belian berterusan dalam kebanyakan saham bermodal kecil dan sederhana.
Tepat jam 12.30 tengah hari, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat sebanyak 7.54 mata (0.49%) kepada 1,543.61 daripada ia ditutup 1,536.07 pada Jumaat lepas.
Indeks penanda aras dibuka 1.43 mata lebih tinggi pada 1,537.50 dan kini bergerak antara 1,537.07 hingga 1,544.71 sepanjang sesi dagangan pagi tadi.
Di pasaran yang lebih luas, kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 501 berbalas 392. Manakala, 447 kaunter tidak berubah, 933 tidak diniagakan dan lapan yang lain digantung.
Jumlah dagangan adalah berjumlah 1.81 billion unit yang bernilai RM984.90 juta.
Firma Malacca Securities Sdn Bhd percaya bahawa sentimen keseluruhan menjadi lebih positif menuju ke suku kedua 2024 dengan pemangkin domestik seperti persekitaran politik yang stabil , pelaksanaan pelan induk dan harga komoditi yang lebih kukuh.
Mereka berpendapat bahawa pemulihan projek infrastruktur mega mampu memberi manfaat kepada sektor pembinaan, bahan binaan dan hartanah.
Pada tengah hari tadi, saham wajaran tinggi Sime Darby Plantation Bhd meningkat lapan sen kepada RM4.39, PPB Group Bhd naik 28 sen kepada RM15.66, Genting Bhd menokok tujuh sen kepada RM4.77, Maxis Bhd menambah lima sen kepada RM3.42 dan CelcomDigi Bhd meningkat enam sen kepada RM4.25.
Antara saham aktif, TWL Holdings Holdingd Bhd tidak berubah pada tiga sen, Sapura Energy Bhd tidak berubah pada lima sen, SMTrack Bhd menambah setengah sen kepada lima sen dan Fitters Diversified Bhd naik setengah sen kepada enam sen. Manakala, Artroniq Bhd menambah 1.5 sen kepada 28.5 sen.
Di papan indeks, Indeks FBM Emas memperoleh 43.01 mata kepada 11,614.60, Indeks FBMT 100 meningkat 39.81 mata kepada 11,257.38, Indeks FBM Emas Shariah meningkat 46.29 mata kepada 11,689.81, FBM 28 mata kepada 11,689.81 dan FBM 2. 70 Indeks susut 4.98 mata kepada 16,229.10.