“Memang la masa depan, tapi tulah ramai lagi yang tak percaya dan was-was.”
Christopher Giancarlo, bekas Suruhanjaya Dagangan Niaga Hadapan Komoditi (CFTC) menegaskan Mata Wang Digital Bank Pusat (CBDC), stablecoin serta mata wang kripto adalah masa hadapan kewangan, ulasnya semasa berada pada Sidang Kemuncak Financial Times Kripto dan Aset Digital.
Turut mengetuai Projek Digital Dollar sebagai co-founder dan pengerusi eksekutif, Giancarlo berkata AS hanya perlu mempertimbangkan pengeluaran CBDC sebaik sahaja elemen reka bentuk utama difahami dengan betul untuk mengelakkan risiko keselamatan dan privasi.
Tambahnya lagi, sesetengahnya bakal decentralized sama seperti Bitcoin (BTC) sementara yang lain akan centralized secara pelbagai dan dikendalikan oleh beberapa bank global dan firma teknologi yang sangat besar.
Memang tidak dinafikan ramai bimbang CBDC dapat membenarkan kerajaan, bank atau teknologi besar mengakses data kewangan, tetapi kemunculan rangkaian digital tersebut sangat penting untuk kebebasan perlembagaan dan hak sivil.
Projek Digital Dollar sangat yakin CBDC, stablecoin dan kripto boleh meningkatkan dunia bebas, bagaimanapun sektor awam dan swasta mesti bekerjasama sama seperti yang pernah mereka lakukan terhadap internet.
Oleh demikian, Giancarlo menyeru semua orang untuk membentuk masa depan kewangan, perbankan dan wang itu sendiri mengikut nilai kemanusiaan yang terbaik.
Suka dimaklumkan Projek Digital Dollar pada November lalu telah menganjurkan persidangan dengan organisasi hal ehwal antarabangsa bukan partisan Atlantic Council yang mengumpulkan penggubal dasar antarabangsa, penyokong privasi, jurubank pusat dan banyak lagi.