“Berani betul Brad Garlinghouse salahkan Biden, lepas ni nak tunding jari dekat siapa pula?”
Di tengah-tengah para pengundi Amerika Syarikat (AS) sedang mempersiapkan diri bagi pilihan raya yang semakin menghampiri, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Ripple (XRP) Brad Garlinghouse menyindir kerajaan Joe Biden sebagai punca pasaran mata wang kripto berada dalam masalah.
Susulan daripada itu, Deaton yang melaksanakan kempen politik telah menarik minat ramai pihak terutamanya daripada komuniti XRP dan Web3, jadi pencalonannya mungkin memudahkan Senat meluluskan undang-undang berhubung kripto.
Pengundi yang menggunakan kripto akan menjadi sangat penting dalam pilihan raya AS tahun 2024 susulan Perkhidmatan Perisikan Epidemik (EIS) AS sebelum ini diarah hentikan pengumpulan data tentang pengguna tenaga dikaitkan dengan aktiviti mining Bitcoin (BTC) oleh pentadbiran Biden.
Keputusan tersebut terhasil daripada tuntutan mahkamah yang difailkan oleh Texas Blockchain Council dan Riot Platforms yang merupakan antara pemain industri lain menghentikan pengumpulan data.
Umum mengetahui EIA ditugaskan untuk kumpul data oleh pentadbiran Biden dan jumlah kuasa digunakan untuk mining kripto adalah antara topik yang dipertikaikan, tetapi perlu diketahui pengumpulan diperlukan sebelum pilihan raya.
Rentetan itu, kebimbangan mengenai kerajaan di bawah Biden 2.0 yang tidak menyokong industri BTC mungkin telah tercetus.
Suka dimaklumkan 52 juta orang AS yang memiliki aset digital adalah jumlah yang cukup besar untuk memberi impak pada keputusan pilihan raya presiden AS, oleh itu mana-mana kerajaan yang berharap untuk memenangi pilihan raya mungkin perlu memenangi hati peminat BTC.