US dolar dilihat berjaya mengekalkan pengukuhannya sehingga ke penutup dagangan minggu lalu, mengurangkan kerugian dialami sebelum itu.
Pelabur telah melihat situasi perubahan yang drastik berlaku pada minggu lalu apabila US dolar pada mulanya melemah kembali kukuh ‘bertenaga’ semula.
Mesyuarat FOMC menjadi tumpuan utama dan pelabur menilai nada dovish yang disampaikan telah memberi kesan penyusutan ketara kepada US dolar.
Namun, kejutan oleh Swiss National Bank (SNB) yang menjadi bank pusat terawal memulakan pemotongan kadar faedah mencetuskan sedikit panik dalam pasaran sekaligus menyokong permintaan terhadap US dolar sebagai mata wang safe-haven.
Momentum untuk dikekalkan sehingga ke penghujung minggu dan penganalisis percaya akan terus dibawa ke awal dagangan minggu ini.
Namun, data-data ekonomi penting yang menjadi tumpuan turut akan diperhatikan dan boleh memberi impak terhadap pergerakan semasa.
Antaranya adalah data perumahan dan pertumbuhan ekonomi Amerika Syarikat (AS), data indeks perbelanjaan peribadi pengguna serta beberapa data tinjauan yang lain.
Jika data-data yang diterbitkan menunjukkan bacaan merosot, berkemungkinan perspektif pasaran akan kembali tertumpu kepada dasar monetari Federal Reserve (Fed) dan pergerakan harga akan melalui semula landasan selepas mesyuarat FOMC.
Namun jika situasi pasaran kekal menyokong pengukuhan US dolar, mata wang utama lain dalam pasaran akan terus terkesan pada minggu ini.
Penganalisis juga mula berhati-hati menilai tindakan bank-bank pusat lain selepas ini selepas SNB yang telah bertindak memulakan kempen pelonggaran dasar tanpa menantikan Fed.