Tumpuan pelabur terarah kepada laporan inflasi Amerika Syarikat (AS) yang diterbitkan pada sesi New York semalam untuk menjadi petunjuk arah pasaran bagi dagangan penutup 2024 ini.
Meneliti laporan, bacaan indeks harga pengguna (CPI) tahunan AS pada November menepati ramalan untuk meningkat kepada 2.7%, dari paras 2.6% bulan sebelumnya.
US dolar yang melemah pada pembukaan awal sesi New York semalam kemudiannya menunjukkan pengukuhan selepas data diterbitkan.
Pasaran kini meletakkan jangkaan tinggi terhadap langkah pemotongan kadar faedah sebanyak 25 mata asas untuk dilaksanakan oleh Federal Reserve (Fed) pada mesyuarat FOMC minggu hadapan.
Untuk pergerakan harga, pelabur memerhati pergerakan pada carta pasangan mata wang EUR/USD yang menunjukkan corak penurunan dari awal minggu.
Kenaikan lemah harga dilihat semalam berhampiran paras 1.05400 sebelum penurunan harga di sekitar zon 1.05000 selepas data CPI diterbitkan.
Penurunan harga tidak begitu ketara menyaksikan harga kekal berlegar di zon penting itu menyambung dagangan di awal sesi Asia pagi Khamis ini.
Mata wang Euro pula dilihat bergerak dalam tekanan menjelang keputusan mesyuarat polisi European Central Bank (ECB) hari ini dengan jangkaan pemotongan kadar faedah sebanyak 25 mata asas bakal dilaksanakan.
Trend kekal bearish dengan isyarat pergerakan harga di bawah garisan halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta EUR/USD tersebut.
Kecenderungan harga adalah untuk menyambung corak penurunan yang dijangkakan bakal menuju ke zon tumpuan sebelum ini sekitar 1.04000.
Namun, pelabur turut akan memerhatikan data inflasi pengeluar (PPI) AS malam ini yang boleh mempengaruhi US dolar.
Jika harga sebaliknya menunjukkan lonjakan, berkemungkinan harga akan menuju semula ke zon rintangan 1.06000 sebelum ini yang masih kekal menjadi penghalang kenaikan harga.
Melepasi rintangan itu akan mendorong harga catatkan paras ketinggian terbaru 4 minggu dengan sasaran beralih ke sekitar 1.07000.
See the picture of the price chart of the EUR/USD pair below for your technical analysis reference.