Menjadi tumpuan pada penting pada dagangan sesi New York semalam, data inflasi Amerika Syarikat (AS) yang diterbitkan memberi impak terhadap pergerakan pasaran.
Indeks harga pengguna (CPI) AS bagi Ogos tepati ramalan untuk menurun kepada 2.5% dari paras sebelumnya 2.9% untuk bacaan tahunan, sementara bacaan CPI bulanan kekal di paras 0.2% seperti dijangkaan.
Namun, bacaan inflasi teras meningkat kepada 0.3% berbanding ramalan untuk kekal pada 0.2%.
Walaupun inflasi AS semakin menunjukkan penurunan, namun US dolar tidak menunjukkan reaksi negatif, sebaliknya raja mata wang itu mengukuh selepas data diterbitkan.
Pasaran kini menjangkakan pemotongan kadar faedah oleh Federal Reserve (Fed) yang akan dilaksanakan adalah sebanyak 25 mata asas dengan peratusan jangkaan meningkat kepada 85% berdasarkan indikator CME FedWatch.
Jangkaan pemotongan agresif sehingga 50 mata asas semakin menurun kepada 15%.
Penganalisis menjangkakan pemotongan kadar faedah tetap akan dilakukan Fed pada mesyuarat September minggu hadapan, namun ucapan yang bakal disampaikan oleh Pengerusi Jerome Powell berkemungkinan bernada hawkish.
Ini berikutan laporan pertumbuhan ekonomi AS untuk suku kedua sebelum ini menunjukkan angka yang meningkat dan laporan pekerjaan NFP untuk bulan Ogos adalah baik.
Pelabur perlu ingat bahawa kadar inflasi AS walaupun menunjukkan trend penurunan, namun masih lagi berada di atas paras sasaran bank pusat iaitu 2%.
Justeru, penganalisis tidak menolak jangkaan kemungkinan Fed akan mengekalkan dasar monetari sedia ada sebelum lebih yakin untuk melaksanakan pelonggaran dasar.
Tumpuan pada dagangan hari ini adalah pada data inflasi pengeluar (PPI) AS serta keputusan mesyuarat polisi bank pusat Eropah (ECB) yang dijangka melaksanakan pemotongan kadar faedah agresif sehingga 60 mata asas.