Dolar Australia paparkan pergerakan menarik pada sesi Asia pagi ini (Rabu) ketika tumpuan pasaran terarah kepada data inflasi Australia yang diterbitkan.
Indeks harga pengguna (CPI) Australia mencatatkan peningkatan lebih tinggi mengatasi ramalan 3.8% iaitu ke paras 4.0% untuk Jun.
Peningkatan semula kadar inflasi di Australia bakal mendesak bank pusat untuk mengekalkan dasar yang ketat dan mempertimbangkan sama ada kadar faedah perlu dinaikkan.
Situasi ini dilihat memberi sokongan kepada mata wang dolar Aussie untuk mengukuh dalam pasaran ketika bank pusat cenderung untuk kekal pada fasa pengetatan polisi monetari.
Dolar Aussie berjaya mengukuh semula hari ini setelah alami penyusutan di sesi New York semalam ketika tekanan oleh pengukuhan mata wang US dolar.
Jika diperhatikan pada carta pasangan mata wang AUD/USD, harga susut ke sekitar 0.66400 dan harga perlahan di sekitar itu pada pembukaan sesi Asia pagi ini.
Namun selepas reaksi pada data CPI Australia yang diterbitkan, harga kemudiannya telah melonjak naik mengatasi paras ketinggian semalam pada 0.66700.
Kenaikan harga diteruskan sehingga pembukaan awal sesi Eropah dan dilihat semakin menghampiri zon tumpuan 0.67000.
Kenaikan lebih tinggi boleh berlaku jika harga melepasi zon tersebut untuk harga mencatatkan paras tertinggi terbaru 5 bulan.
Berkemungkinan sasaran harga seterusnya adalah pada sekitar 0.67700 untuk dicapai.
Namun jika mula beri petanda untuk membuat penurunan semula, pelabur akan berhati-hati sambil memerhatikan petunjuk terbaru.
Penurunan rendah harga jika berlaku pada minggu ini dijangka untuk mencecah kembali zon tumpuan minggu sebelum ini iaitu sekitar 0.66000.
See the picture of the price chart of the AUD/USD pair below for your technical analysis reference.
The chart displayed above uses the SaracenMarkets platform, open your trading account at SaracenMarkets today. – CLICK HERE – START TRADING NOW