Berhubung kekecohan gangguan sistem teknologi global baru-baru ini, CrowdStrike telah menafikan dakwaan Delta Air Lines bahawa pihak mereka bertanggungjawab terhadap gangguan penerbangan pada 19 Julai.
Insiden itu telah menyebabkan Delta alami kerugian mencecah $500 juta dan pembatalan lebih 6,000 penerbangan, menjejaskan lebih 500,000 penumpang.
Delta menyalahkan kemas kini yang salah daripada CrowdStrike atas gangguan dan sedang mempertimbangkan tindakan undang-undang.
Walau bagaimanapun, CrowdStrike berhujah bahawa sebarang liabiliti di pihak mereka adalah terhad secara kontrak hanya satu digit juta sahaja (1 hingga 9 juta) dan menolak tuduhan kecuaian yang teruk.
Jabatan Pengangkutan AS sedang menyiasat mengapa Delta mengambil masa yang lebih lama untuk pulih daripada gangguan tersebut berbanding syarikat penerbangan lain.
CrowdStrike menyatakan bahawa mereka menawarkan bantuan segera, termasuk bantuan di tapak, namun pihak Delta menafi menerimanya.
Ketua Pegawai Eksekutif Delta Ed Bastian mendakwa bahawa CrowdStrike hanya memberikan nasihat perundingan.
Delta melaporkan bahawa kemas kini yang rosak menjejaskan lebih separuh daripada komputernya, memerlukan pemulihan manual sistem IT mereka.
CrowdStrike mempersoalkan lanjutan masa pemulihan Delta dan keputusan untuk menolak bantuan di tapak, menmandangkan syarikat penerbangan lain memulihkan operasi dengan lebih pantas dalam keadaan yang sama.
CrowdStrike mengkritik pertimbangan awam Delta terhadap tuntutan mahkamah, menyebutnya tidak membina dan menekankan kepentingan kerjasama untuk menyelesaikan isu itu secara baik.