“Agak membosankan je data CPI semalam, harga BTC macam tak bagi reaksi ketara sangat kan?”
Currency king price crypto Bitcoin (BTC) melihat pendakian sehingga $48,937 apabila terbitan data Indeks Harga Pengguna (CPI) Amerika Syarikat (AS) malam semalam meningkat 3.4% bagi Disember 2023 berbanding jangkaan 3.2%.
Disebabkan data inflasi tersebut adalah lebih tinggi daripada sebelum ini pada 3.2% untuk November 2023, seluruh pasaran kripto dijangka menyaksikan aliran masuk lebih tinggi yang akan memberi keterujaan kepada para pelabur.
Inflasi lebih tinggi daripada jangkaan juga dicerminkan dalam perubahan kadar CPI teras di mana ia meningkat 3.9% pada Disember tahun lepas dan lebih rendah daripada 4.0% November, tetapi melebihi jangkaan 3.8% pada asas tahunan.
Namun perlu diketahui pasaran kripto yang dijangka memberi reaksi kenaikan harganya tampaknya tidak menunjukkan sebarang prestasi sewajarnya pada minit pertama selepas data CPI dilaporkan oleh Biro Statistik Buruh (BLS).
Memang tidak dinafikan DXY mencatatkan lonjakan kali ini, tetapi BTC sebahagian besarnya tidak berganjak susulan harganya hanya meningkat sebanyak 0.58%.
Suka dimaklumkan bahawa isyarat kenaikan pasaran kripto lebih luas telah didorong oleh kelulusan permohonan spot BTC ETF yang telah menyebabkan harga aset digital tersebut naik tinggi daripada paras semasanya.
Sehingga berita ini ditulis, harga BTC menjunam semula sebanyak 0.95% pada paras $46,218 dalam tempoh 24 jam lalu dengan modal pasaran $905 bilion tetapi tetap merekodkan lonjakan 7.07% sepanjang minggu lepas.