Bekas Presiden AS, Donald Trump dalam manifestonya berkata beliau ingin melemahkan kedudukan semasa mata wang dolar AS dalam pasaran kewangan.
Pendiriannya itu adalah disebabkan oleh maklum balas pengeluar asing yang tidak tertarik untuk mengimport produk Amerika Syarikat kerana kedudukan mata wang yang tinggi dan mahal.
Selain itu, ada sesetengah negara asing cuba mengekalkan nilai mata wang pada posisi lemah supaya mendapat tarikan tinggi dalam aktiviti perdagangan eksport. Trump mula menyedari kegusaran ekonomi tersebut selepas menilai paras yen Jepun dan Yuan China.
Semasa penggal pertamanya menjadi Presiden AS, Trump sering membidas negara-negara lain kerana mengekalkan kadar yang lebih lemah berbanding dolar AS dan beliau sering mendesak Fed untuk meredakan dasar monetari.
Pada pilihanraya kali ini, beliau kini berpendirian lebih teratur bahawa kedudukan yang tinggi sangat merisikokan industri dagangan negara.
Baru-baru ini, Senator Amerika Syarikat iaitu Vance mencabar pengerusi Fed Jerome Powell untuk menjelaskan bagaimana rakyat AS mendapat manfaat sebagai pengguna utama mata wang gergasi dunia.
Kenyataannya itu turut menarik dorongan ke arah dasar dolar oleh Trump untuk meraih lebih banyak sokongan menjelang pilihan raya Presiden.
Walau bagaimanapun, firma bank ternama seperti Morgan Stanley dan Deutsche Bank AG meramalkan kemenangan Trump berkemungkinan besar akan meningkatkan nilai dolar AS.
Usaha ini mengingatkan kembali tentang sejarah Plaza Accord 1985, ketika itu kerajaan AS mendapat sokongan dari UK, Jerman, Perancis dan Jepun untuk bersama-sama menggunakan mata wang mereka untuk menurunkan nilai USD.
Pada 2024, tindakan seperti itu tidak akan membuahkan hasil kerana kedudukan harga yang ketara dan lebih curam.
Pasaran pertukaran asing global adalah jauh lebih besar sekarang sehingga USD lebih sukar untuk ditolak ke belakang berdasarkan trajektori semasa.