Mata wang Euro susut ke paras terendah terbaru 11 minggu berbanding US dolar ketika tekanan yang semakin meningkat menjelang keputusan mesyuarat polisi bank pusat Eropah hari ini (Khamis).
European Central Bank (ECB) dijangka untuk menurunkan kadar faedah sebanyak 25 mata asas ke paras 3.40%, selepas melaksanakan pemotongan 60 mata asas pada September.
Sementara itu, US dolar mengekalkan prestasi dagangan yang baik ketika tiada faktor lain yang mengubah corak pergerakan harganya dengan jangkaan masih kekal untuk Federal Reserve (Fed) melaksanakan pemotongan kadar faedah yang lebih kecil pada mesyuarat November nanti.
Perbezaan pergerakan bagi kedua-dua mata wang itu dinilai pada carta pasangan EUR/USD sepanjang minggu ini.
Pergerakan harga kekal berada di bawah garisan halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta itu yang menunjukkan isyarat kekal bearish buat harga.
Selepas mendatar pada Selasa lalu di zon penting 1.09000, penurunan harga dilanjutkan lagi semalam sehingga harga mencecah paras terendah terbaru sekitar 1.08530 di penghujung sesi New York.
Harga mendatar sekitar tersebut pada dagangan awal sesi Asia pagi ini, dengan kecenderungan untuk penurunan diteruskan lagi.
Harga dijangkakan untuk mencecah paras terendah terbaru lagi dengan sasaran pada zon tumpuan berikutnya sekitar 1.08000.
Namun jika lonjakan berlaku melepasi semula zon 1.09000, pelabur akan bersedia untuk melihat perubahan arah harga.
Kenaikan melepasi halangan MA50 memberi isyarat perubahan trend sebelum kenaikan harga dijangka kembali menuju 1.10000 untuk menguji zon rintangan tersebut.
See the picture of the price chart of the EUR/USD pair below for your technical analysis reference.
The chart displayed above uses the Saracen Market platform. Join the Saracen Lucky Draw contest and win the various exciting prizes on offer. Only a $50 deposit is required to join. CLICK HERE – REGISTER AND WIN EXCITING PRIZES