Presiden Persekutuan Pekilang-Pekilang Malaysia (FMM), Tan Sri Soh Thian Lai berkata ekonomi Malaysia berpotensi melepasi julat sasaran kerajaan iaitu 4.0% hingga 5.0% sepanjang tahun 2024.
Katanya lagi, memandangkan pertumbuhan yang kukuh daripada jangkaan pada suku kedua 2024. FMM Research mempunyai rancangan untuk mewujudkan lebih banyak peluang bagi menggalakkan pertumbuhan ekonomi Malaysia.
Sebelum ini, induk tersebut berjaya menaikkan pertumbuhan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) kepada 5.1 peratus mengatasi konsensus rasmi kerajaan.
Antara sektor yang memberi impak terbesar terhadap pengukuhan ekonomi negara adalah eksport yang kukuh, penggunaan swasta dan pelaburan.
Walaupun pasaran global alami sentimen ketidaktentuan, ekonomi Malaysia dijangka akan meneruskan aliran pertumbuhan positifnya sepanjang baki beberapa bulan 2024.
Selain itu, pelaburan swasta telah menunjukkan pertumbuhan yang kukuh, didorong oleh projek infrastruktur berbilang tahun dan realisasi projek yang diluluskan.
Sektor pelancongan pula menunjukkan prestasi yang kukuh dengan ketibaan pelancong meningkat sebanyak 28.9 peratus pada separuh pertama tahun ini. Angka ini akan terus menjana pendapatan yang ketara kepada negara.
Inflasi dijangka meningkat pada separuh kedua tahun ini dengan Bank Negara Malaysia (BNM) mengunjurkan peningkatan yang boleh dikawal pada unjuran rasmi 2.0% hingga 3.5%.