“Terbaiklah El Salvador, tak pernah berpandangan negatif terhadap BTC.”
El Salvador, negara yang menjadikan mata wang kripto Bitcoin (BTC) tender sah pada tahun 2021 didapati secara berterusan dan konsisten meningkatkan pegangannya dalam aset digital tersebut yang kian dipandang ramai.
Pada dua hari lepas, Presiden negara tersebut Nayib Bukele berkata bahawa El Salvador pada masa ini memiliki timbunan 5,700 BTC bernilai lebih daripada $400 juta berbanding pertengahan Mac 2024 kira-kira 5,690.
Tambahnya lagi, pegangan BTC negaranya telah dipindahkan ke cold storage kemudian menerbitkan address wallet BTC sendiri, di mana ia hanya di bawah 5,690 BTC iaitu lebih ketara daripada dianggarkan oleh penjejak awam pegangan El Salvador.
Sebagai tambahan pada dasar lama negara yang membeli satu BTC setiap hari, El Salvador turut menambah aset digital tersebut melalui penjualan pasport, penukaran mata wang daripada perniagaan dan perkhidmatan mining atau kerajaan.
Secara konsisten meletakkan dirinya sebagai negara yang mesra BTC, El Salvador juga pada bulan ini menghapuskan cukai pendapatan ke atas wang yang masuk ke negara itu dari luar negara untuk menjadikannya destinasi menarik bagi pelaburan asing dan peminat BTC.
Bukan itu sahaja, El Salvador turut memperkenalkan undang-undang pada Disember 2023 yang memberikan kewarganegaraan kepada pelabur BTC yang membuat sebarang sumbangan kepada kerajaan.
Pada sisi berbeza, Binance telah menerima lesen beroperasi sepenuhnya dalam menawarkan perkhidmatan di El Salvador semasa penggunaan BTC di negara tersebut semakin meningkat.