Presiden El Salvador, Nayib Bukele dalam ciapan di platform X (Twitter) mengumumkan penemuan emas yang luar biasa mencapai nilai keseluruhan sekitar $3 trillion.
Penemuan ini berpotensi untuk mengubah perekonomian El Salvador yang telah lama berjuang serta memberikan harapan baru untuk kemakmuran dan kestabilan ekonomi.
Sumber terawal melaporkan 4% dari kawasan perlombongan telah menemui 50 juta auns emas yang bernilai $131,565 million.
Jika kawasan tersebut dieksploitasi menyeluruh, nilai keseluruhan boleh mencapai nilai melebihi $3 trillion dan angka tersebut mampu menyokong 8,800% daripada KDNK negara El Salvador.
Walau bagaimanapun, penemuan tersebut bakal memberi cabaran yang besar terutamanya risiko alam sekitar di sekitar kawasan perlombongan termasuklah pencemaran air, kemusnahan habitat haiwan dan perubahan ekosistem.
Selain itu, terdapat juga implikasi sosial yang perlu dipertimbangkan seperti hak masyarakat tempatan, pekerjaan dan pengagihan kekayaan yang adil ke atas semua lapisan masyarakat.
Kerajaan El Salvador mesti menangani isu ini dengan bijak untuk memastikan manfaat khazanah ini dapat dinikmati oleh semua tanpa menyebabkan kerosakan jangka panjang.
Dari perspektif ekonomi, penemuan ini boleh menjadi pemangkin kepada pertumbuhan ekonomi, mewujudkan peluang pekerjaan dan menambah baik infrastruktur negara.
Selain itu, kerajaan perlu merangka dasar yang menyokong pembangunan industri tempatan, pendidikan dan kebajikan sosial bagi memastikan kekayaan ini membawa faedah yang seimbang.