CEO Tesla, Elon Musk dalam kenyataannya berkata beliau merancang untuk menjanjikan kira-kira $45 juta sebulan kepada kumpulan PAC Super yang merupakan penyokong bekas Presiden Donald Trump untuk pilihan raya November ini.
Walau bagaimanapun, Musk tidak menyalurkan sumbangan tersebut pada akhir Jun lepas berdasarkan laporan pemfailan kewangan suku tahunan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya Persekutuan.
Super PAC yang ditubuh pada Mei dilaporkan telah menerima sumbangan daripada Elon Musk dan beberapa jutawan kripto.
Antaranya ialah Lonsdale yang menderma $1 juta kepada America PAC melalui Lonsdale Enterprises yang dikaitkan dengan syarikat pelaburan teknologi.
Selain itu, kembar The Winklevoss masing-masing menderma $250,000 kepada super PAC menurut laporan pemfailan kumpulan itu.
America PAC telah membawa masuk $8.8 juta dan telah membelanjakan $7.8 juta semasa penubuhannya. Audit menunjukkan mereka telah meninggalkan hanya $1 juta pada penghujung Jun lepas.
Musk, Ketua Pegawai Eksekutif Tesla, SpaceX dan salah seorang orang terkaya di dunia, secara rasmi mengesahkan untuk menyumbang dana tanda sokongan untuk Trump pada hari Sabtu.
Keputusan itu dibuat beberapa minit selepas calon presiden Republikan itu terselamat daripada cubaan membunuh pada perhimpunan kempen.
Sokongan Elon Musk untuk membantu Trump bagi mengalahkan Presiden Joe Biden telah bermula sejak hari pertama Konvensyen Kebangsaan Republikan di mana Trump memperoleh perwakilan yang mencukupi secara rasmi menjadi calon GOP.