Emas membuat pembalikan harga semula pada Isnin dan mengurangkan hampir seluruh keuntungan pada lonjakan Jumaat selepas meninggi lebih 1% apabila selera risiko kembali.
Ekuiti AS mencatatkan keuntungan walaupun hasil bon Perbendaharaan AS bergerak lebih rendah.
Sementara itu, harga emas ini berada pada paras $2,363.82 iaitu naik sedikit sebanyak 0.16% sejak ia dibuka pada sesi dagangan Asia pagi tadi.
Laporan NFP pada minggu lepas agak bercampur-campur dengan angka bulan Jun melebihi anggaran walaupun catatan pada April dan Mei meramalkan bahawa data pekerjaan itu merosot.
Akibatnya, Kadar Pengangguran AS meningkat lebih tinggi dan mendorong spekulasi bahawa Federal Reserve (Fed) boleh mengurangkan kadar faedah lebih awal daripada jangkaan.
Nilai komoditi logam kuning itu terjejas oleh keputusan People Bank of China (PBoC) yang menghentikan pembelian emasnya pada bulan Jun yang kini memegang 72.80 juta troy auns.
Hasil bon Perbendaharaan 10 tahun AS jatuh hampir dua mata asas kepada 4.27% dan ini mendorong peserta pasaran memberi ramalan bahawa Fed akan menurunkan kadar faedah di tengah-tengah pasaran buruh sedang terjejas.
Pasaran kini menetapkan kemungkinan sebanyak 73% dalam penurunan kadar Fed pada September ini berbanding Jumaat lepas pada 71%.
Pada minggu ini, peserta pasaran akan menantikan Testimoni Kongres separuh tahunan oleh Presiden Fed Jerome Powell yang memberi gambar tentang doket ekonomi AS dan angka inflasi oleh pihak pengeluar.
Tuntutan Pengangguran Awal dan Sentimen Pengguna Universiti Michigan juga akan diterbitkan bagi melengkapkan jadual.