Derivatif Bursa Malaysia meramalkan emas akan meneruskan kenaikannya pada minggu ini bagi menjejak konflik perang yang semakin parah di Timur Tengah dan ketidaktentuan pasaran yang berlaku di Amerika Syarikat (AS).
Sementara itu, harga emas kini berada pada paras $2,306.88 iaitu turun sebanyak 0.97% sejak pembukaan dagangan Asia pagi tadi.
OCBC Bank dalam kenyataannya berkata emas telah mencapai lonjakan sebanyak 11.5% tahun ini pada 3 April lepas dan mungkin melanjutkan lagi dalam masa terdekat.
Mereka kekal pada pandangan bahawa harga emas akan kekal bullish disebabkan oleh sentimen pelonggaran dasar yang luas dalam pasaran global untuk melakukan pemotongan kadar faedah, beberapa institusi gergasi kewangan mula terlibat dalam pelaburan aset selamat dan konflik geopolitik yang semakin meluas.
Ulasnya lagi, kenaikan ini sama seperti kejadian pada tahun 2001 di mana harga emas mengukuh tinggi apabila Federal Reserve (Fed) menamatkan pengetatan dasarnya.
Menurut Pengurusan SPI Aset, Stephen Innes berkata risiko geopolitik akan kekal mempengaruhi naik turun harganya di pasaran lebih-lebih lagi situasi di Timur Tengah yang semakin membarah.
Pengukuhan ini merupakan satu alur positif buat emas pada awal 2024, ia juga merupakan satu petanda bahawa gelombang baharu yang bakal terus meningkatkan harganya lagi.
Buat masa ini, pasaran masih keliru sama ada emas bakal melakukan pembetulan harga atau mendaki lebih tinggi lagi kerana beberapa data ekonomi dan sentimen pasaran masih kurang jelas.
Tempoh pembetulan harga dilihat tidaklah terlalu memberi perubahan ketara dan ini akan terus memberi peluang keuntungan buat pada pelabur di luar sana.
Pembetulan ini adalah detik yang sesuai untuk melibatkan diri dalam pasaran kerana setiap penurunannya akan menarik dorongan beli yang tinggi dalam pasaran.