Hari ini, dagangan emas menunjukkan trend menurun yang sangat ketara berhampiran paras $2,025. Pergerakan menurun ini sebahagian besarnya berpunca oleh kenaikan nilai mata wang dolar AS dan hasil ekonomi mereka yang positif.
Laporan Amerika Syarikat yang berdaya tahan terus memberi tekanan kepada harga emas untuk menurun selagi mana pendirian Federal Reserve (Fed) bernada dovish buat masa ini.
Walau bagaimanapun, Fed meneliti laporan CPI Teras yang naik lebih tinggi daripada jangkaan pada bulan Disember. Mereka juga memantau data buruh yang akan menunjukkan pengukuhan disebabkan oleh kenaikan pada pekerjaan dan pendapatan di AS.
Fed masih mengekalkan pendiriannya yang berhati-hati berikutan sentimen ekonomi yang agak berisiko yang mungkin mengganggu mereka dalam menstabilkan nilai inflasi.
Pasaran kini meletakkan harapan yang tinggi bakal berlakunya pemotongan kadar faedah pada Mac dan pertaruhan bernada dovish akan mengehadkan kerugian buat emas.
FedWatch meramalkan bahawa pemotongan kadar pada bulan Mac dan Mei adalah melebihi 50%.
Buat masa ini, hasil Perbendaharaan AS untuk 2 tahun naik kepada 4.20%, 5 tahun pula kepada 3.90% dan hasil 10 tahun pula direkodkan kepada 4%.
Hasil yang lebih tinggi mendorong kenaikan pada nilai mata wang dolar AS dan cenderung untuk menarik minat pelabur asing.
Jika dolar AS hanya alami kenaikan pada jangka masa pendek, harga emas berpeluang untuk bangkit semula dan meningkatkan kecairannya bagi mencapai sasaran tertinggi akhir iaitu $2,500.
Hari ini, pasaran akan disajikan dengan beberapa data ekonomi AS yang penting bermula pada pukul 9.30 malam hingga 11 malam ini. Para trader perlu bersedia dengan apa-apa jenis jangkaan yang akan berubah pada pasaran.