Emas naik ke paras tertinggi baharu sepanjang masa sekali lagi ke paras $2,288.23 pada pembukaan sesi dagangan Asia di tengah-tengah risiko geopolitik dan hasil Perbendaharaan AS yang lebih tinggi.
Data-data ekonomi AS mendorong para pelabur untuk menuju ke aset selamat dan menyebabkan harga logam kuning naik lebih tinggi.
Sementara itu, harga emas kini berada pada paras $2,284.94 iaitu naik sebanyak 0.17% sejak pembukaan dagangan pagi tadi.
Baru-baru ini, serangan Israel terhadap kedutaan Iran di Syria pada 1 April lepas telah mengheret emas mencanak walaupun pada masa yang sama nilai dolar AS mengukuh kerana berlakunya lonjakan dalam data ekonomi Amerika Syarikat.
Selain itu, Biro Statistik Buruh AS (BLS) memaparkan kekosongan pekerjaan yang meningkat dan pasaran buruh yang lebih ketat. Manakala, Biro Banci AS menyaksikan peningkatan dalam Pesanan Kilang.
Dari segi teknikal, pergerakan XAU/USD dilihat sedang maju menuju ke arah sasaran $2,300 di tengah-tengah tekanan belian baharu berdasarkan rujukan Indeks Kekuatan Relatif (RSI).
Sejak Mac, harga emas konsisten dalam membuka paras tertinggi sepanjang masa disebabkan oleh tekanan perang yang semakin memuncak di Rusia-Ukraine dan Timur Tengah.
Malah, jangkaan berkenaan pemotongan kadar faedah oleh Fed pada tahun itu kekal mendorong pasaran untuk tetapkan belian pada emas.
Pasaran kini menetapkan paras rintangan atas seterusnya ialah $2,300 diikuti paras psikologi 2,350 dan seterusnya $2,400.
Jika sebaliknya, XAU/USD disasarkan turun pada tahap $2,250 bagi memperbetulkan harganya. Sokongan pertama ditetapkan pada posisi $2,200 diikuti paras $2,195 dan seterusnya $2,150.